Andaikan tiga orang yang berlainan meminjam sebuah piring dari kita..
Selang beberapa hari, peminjam pertama mengembalikan piring tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Kita pun terus menyimpannya di dalam rak piring mangkuk seperti keadaan asalnya..
Peminjam kedua pun mengembalikan piring tersebut tapi dalam keadaan kotor, tidak dicuci..maka piring tersebut terpaksa kita cuci sehingga bersih sebelum menyimpannya..
Sedangkan peminjam ketiga mengembalikan piring tersebut dalam keadaan pecah.. Tidak bisa dibedakan lagi bentuknya antara piring mahpun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain membuangnya ke dalam tong sampah..
Begitulah jua halnya dgn Allah Taala.. Jika Kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, cantik, tanpa kotoran dosa, maka Allah akan langsung meletakkan Kita di tempat yang baik Dan tempat yg selayaknya bagi Kita.. Iaitu syurga..
Namun jika Kita kembali ke hadiratNya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah akan 'basuh' Kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum memasukkan Kita ke dlm syurga..
Tetapi jika Kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rusak imannya, sehingga tidak dpt dibedakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan segan-segan utk menyeret Kita ke dlm neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat piring yg pecah yang tidak bernilai lagi..
0 comments:
Post a Comment